(KAWASAN KUALA LUMPUR, SELANGOR & NEGERI SEMBILAN)
Konsultasi ini sangat penting untuk memastikan pemilik hartanah mendapatkan maklumat atau informasi yang sebenar berkenaan hartanah mereka. Sila klik butang whatsapp di bawah untuk dapatkan slot temujanji anda.
Hi! Nama saya Mohd Shah Bin Dolah. Saya merupakan seorang Ejen Hartanah (PEA 3211) berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta Malaysia. Saya seorang yang bersemangat, intuitif, dan berorientasikan pelanggan. Dengan misi tunggal untuk menjadikan pasaran hartanah menyeronokkan, menarik, dan lancar bagi semua pihak yang terlibat. Sebagai seorang profesional yang berdedikasi di Landsworth Properties Sdn Bhd E(1)1959, saya mempunyai latar belakang yang luas dalam industri ini. Saya juga telah memahami sepenuhnya proses membeli, menjual, menyewa, lelongan, rundingan, pemasaran dan pembangunan tanah (land development) yang menjamin pengalaman positif untuk setiap pelanggan saya.
Lahir pada tahun 1980 di Petaling Jaya, Selangor. Saya sentiasa berusaha untuk memberikan impak yang positif kepada setiap individu dan persekitaran saya. Saya mempunyai komitmen, ketekunan, dan etika kerja yang kuat yang ditanamkan sejak saya muda. Ini menjadi pemacu bagi saya untuk mendapatkan Diploma di dalam bidang Multimedia dan Business Computing dari Universiti Malaysia Sarawak pada tahun 2000, Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Information System dari Universiti Teknologi Petronas pada tahun 2004, dan Sijil PPKM (Persatuan Kewangan Malaysia) pada tahun 2005. Pada tahun 2021 saya telah memperolehi Sijil Agensi Harta Tanah daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN) dan seterusnya pada tahun 2023 saya telah meneruskan proses pembelajaran di dalam bidang Sarjana (Master) Pentadbiran & Pembangunan Tanah daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.
Saya telah menghabiskan lebih satu dekad bekerja di Jabatan Kewangan di dalam industri Perbankan Malaysia (2005-2015). Saya sebelum ini memegang jawatan pengurusan, analisis, dan pemasaran kewangan di pusat kewangan dan bank-bank ternama seperti Amanah Short Deposit Berhad, MIDF Amanah Investment Bank Berhad, Hong Leong Islamic Bank Berhad, Maybank Islamic Bank Berhad dan Cagamas Berhad. Kemudian, pada tahun 2016, saya memutuskan untuk mengubah haluan dan mengikuti minat saya dalam industri hartanah. Saya menjadi seorang ejen hartanah yang memenangi anugerah dan tidak pernah menoleh ke belakang semenjak itu.
Dengan pendidikan, pengalaman, dan rekod kejayaan yang terbukti berjaya, saya mengetahui bagaimana untuk berinteraksi dengan pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat. Saya juga memberi sokongan kepada pelanggan untuk berjaya sebelum, semasa, dan selepas proses transaksi mereka. Dari pelaksanaan dan memahami keperluan undang-undang hingga berunding dengan pihak-pihak berkepentingan dalam keadaan pemasaran semasa. Anda juga boleh yakin bahawa transaksi anda berada di tangan ejen hartanah yang terbaik. Selain itu, walaupun perjalanan ini boleh menjadi sangat mengujakan. Saya juga sedar akan tekanan dalam membuat keputusan kewangan ini. Oleh itu, saya telah menganggap diri saya bukan hanya sebagai ejen rundingan tetapi juga sebagai mentor, konsultan, dan rakan sepanjang perjalanan. Matlamat saya adalah untuk memberi akses pengetahuan kepada pelanggan dengan maklumat yang mendalam, pengetahuan, dan pandangan agar mereka dapat membuat keputusan terbaik untuk diri mereka dan masa depan mereka.
Tidak ada yang membuat saya lebih gembira daripada dapat membantu setiap pemilik hartanah mendapatkan pembeli yang bermotivasi tinggi dan berkemampuan dari segi kewangan untuk meneruskan proses penjualan sehingga proses serah kunci. Tunggu apa lagi? Hubungi saya sekarang di talian 012-2410366 ataupun email saya di shah@msdproniaga.biz.my
Ejen Hartanah bertanggung jawab untuk melakukan pemeriksaan hartanah. Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk memastikan bahawa segala kerosakan kecil atau besar dikenalpasti. Sekirannya pemilik hartanah berkemampuan untuk memperbaiki kerosakan yang ada ini akan mengurangkan kesan harga turun mendadak sekirannya berlaku tawar menawar dengan prospek pembeli
Ejen Hartanah bertanggung jawab untuk menerangkan tentang trend semasa pasaran di sebuah lokaliti hartanah. Ini penting untuk memastikan bahawa pemilik hartanah mendapat maklumat yang sebenar berkenaan transaksi terkini di kawasan tersebut.
Seterusnya, Ejen Hartanah akan menerangkan kepada pemilik berkenaan cadangan pelan pemasaran. Pelan pemasaran yang baik akan menyebabkan kesan sebaran yang meluas di semua medium atas talian atau luar talian dan seterusnya mempercepatkan proses penjualan.
Setelah mencadangkan pelan pemasaran kepada pemilik, Ejen Hartanah seterunya akan melaksanakan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk memastikan bahawa iklan penjualan atau sewaan hartanah ini pergi tepat ke sasaran pembeli. Penyebaran luas iklan akan membantu untuk mendapatkan “lead” prospek yang berminat. Di peringkat ini Ejen Hartanah akan melakukan saringan dan semakan untuk memastikan bahawa prospek ini layak dari segi kemampuan kewangan dan bermotivasi tinggi.
Proses penapisan “lead” ini akan menghasilkan prospek yang berkualiti tinggi. Seterusnya, Ejen Hartanah akan menjemput prospek yang berkualiti tinggi ini untuk datang melawat hartanah yang hendak dijual atau disewakan. Prospek yang telah disemak kelayakan kewangan mereka mempunyai peluang yang tinggi untuk meneruskan pembelian atau sewaan hartanah tersebut.
Sekiranya prospek berminat untuk meneruskan pembelian atau sewaan, Ejen Hartanah akan melakukan negosiasi untuk memastikan bahawa pihak pembeli dan penjual akan mendapat tawaran harga yang “win-win situation”. Harga akhir hanya akan ditentukan oleh pihak penjual dan setelah mendapat persetujuan daripada pihak pembeli.
Akhir sekali, Ejen Hartanah berperanan untuk memudahkan proses pembelian atau penyewaan. Sekiranya harga pembelian telah dipersetujui, pihak Ejen Hartanah akan membantu prospek pembeli untuk menguruskan pinjaman dan mencadangkan lantikan peguam hartanah. Dengan bantuan Ejen Hartanah, proses akhir ini akan dapat di percepatkan dan seterusnya memberi kelegaan kepada pihak pemilik hartanah untuk mendapatkan duit baki jualan dalam tempoh yang segera.
Seperti Yang Telah Di Tetapkan Oleh Akta 242, Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta Di Dalam Jadual Ke Tujuh (Peraturan 48) untuk proses jual dan beli untuk hartanah dari jenis tanah dan bangunan (Fi maksimum ialah 3% tidak termasuk kadar SST). Manakala untuk sewaan pula bergantung kepada tempoh masa sewaan. Sila rujuk jadual di bawah.
Ejen Hartanah Mohd Shah Dolah menguruskan penjualan, sewaan & pajakan hartanah mengikut kategori hartanah seperti yang berikut iaitu rumah, pangsapuri ataupun kondominium, rumah-rumah mewah seperti rumah berkembar atau banglo, tanah dan juga unit-unit komersil. Hubungi Ejen Hartanah Mohd Shah Dolah untuk langkah yang seterusnya.